Rabu, 2 September 2009

Sistem endokrin

Tahukah anda bahawa sistem endokrin adalah terdiri daripada beberapa kelenjar tanpa duktus yang merembeskan hormon terus ke dalam sistem peredaran darah.



Rajah 1 menunjukkan kedudukan kelenjar endokrin dalam manusia.

Hormon ialah bahan kimia yang disintesiskan oleh kelenjar endokrin yang merembeskannya terus ke dalam sistem peredaran darah.

Data di bawah menunjukkan kelenjar endokrin yang utama, hormon yang dirembeskan dan fungsi hormon berkenaan.
Pituitari
(Kelenjar agung)
a. Hormon pertumbuhan (GH) - Merangsang pertumbuhan badan
b. Hormon perangsang tiroid (TSH) - Merangsang kelenjar tiroid merembeskan hormon tiroksina.
c. Hormon antidiuresis (ADH) - Merangsang penyerapan semula air dari tubul ginjal.
d. Hormon perangsang folikel (FSH) - Merangsang perkembangan folikel Graaf dan tubul semen.
e. Hormon peluteinan (LH) - Menyebabkan pembebasan ovum daripada ovari dan perkembangan folikel menjadi korpus luteum. Merangsang perembesan hormon seks oleh ovari dan testis.
f. Hormon adrenokortikotrof (ACTH) - Merangsang korteks adrenal menghasilkan hormon.
g. Hormon prolaktin - Merangsang perembesan susu oleh kelenjar susu.
h. Hormon oksitosin - Merangsang pengecutan otot uterus semasa bersalin.
Tiroid
Tiroksina

Mengawal kadar metabolisme sel badan, khususnya respirasi dalam mitokondria.Mengawal aras aktiviti, menggalakkan pertumbuhan yang normal bagi rangka dan perkembangan mental.
Kelompok sel Langerhans dalam pankreas
Insulin
Glukagon
Menyebabkan penukaran glikosa kepada glikogen.Menyebabkan penukaran glikogen kepada glukosa.
Adrenal
Adrenalina
Aldosteron

Menyediakan badan untuk menentang atau lari dalam keadaan kecemasan dengan merangsang peningkatan aras glukosa dalam darah.
Mengawal tekanan osmosis darah melalu penyerapan semula ion natrium.
Ovari
Estrogen
Progesteron

Merangsang perkembangan organ seks perempuan dan ciri seks sekunder seperti perkembangan kelenjar susu dan pembesaran buah dada.
Menyebabkan dinding uterus menebal untuk penempelan uterus.
Testis
Testosteron
Merangsang perkembangan organ seks lelaki dan ciri seks sekunder seperti pertumbuhan misai dan suara menjadi kasar. Merangsang spermatogenensis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan