Khamis, 3 September 2009

Kenalpasti Keputihan

PUTIH:
Lelehan pekat,putih dan tidak menyebabkan kegatalan. Tapi jika sebaliknya itu menandakan jangkitan kulat.

JERNIH:
Ia petanda kamu sedang ''subur''.

JERNIH SERTA CAIR:
Ia boleh berlaku pada waktu berbeza dalam kitar kesuburan dan mungkin keluar lebih banyak selepas senaman berat.

KUNING ATAU HIJAU:
Ia mungkin petanda jangkitan terutama jika ia pekat dan agak berketul seperti keju,selain berbau busuk. Eloklah berjumpa doktor segera untuk rawatan lanjut..

MERAH KEHITAMAN:
Boleh berlaku selepas haid, ia mungkin sisa darah haid.

''SPOTTING''/ LELEHAN MERAH:
Ia mungkin berlaku disaat kamu sedang subur,ketika peringkat awal kehamilan,atau ketika kamu sedang dalam haid.Jika ia berlaku sepatutnya kamu haid-tapi ia tidak berlaku,maka kamu sebaiknya menjalani ujian kehamilan.

PERIHAL JANGKITAN KULAT
Hakikatnya setiap wanita sihat ''menyimpan'' sedikit kulat pada sekitar kawasan kemaluan. Begitupun, jika jumlahnya bertambah dari kadar sepatutnya, situasi akan berubah kepada jangkitan. Dan biasanya ia tiada kena mengena dengan si suami.

Antara puncanya termasukklah mengambil ubat antibiotik, hamil, kencing manis atau kesan terlalu panas hingga banyak berpeluh. Apakah petanda jangkitan kulat? Antaranya ialah keputihan pekat, bengkak serta sakit pada sekitar rahim, gatal keterlaluan dan kesakitan ketika seks berlansung.

Untuk merawatnya doktor akan mengambil contoh sel daripada kemaluan untuk menentukan jenis kuman yang menyerang. Kemudain kamu mungkin akan diberi ubat untuk dimasukkan kedalam salur kemaluan. Ia berfungsi unntuk ''membersihkan '' kawasan terbabit. Tidak pun mungkin akan diberi ubat makan..

JENIS JANGKITAN KULAT
Antara yang sering menyerang wanita muda ialah bacterial vaginosis (BV). Ia berpunca daripada bakteria Gardenella Vaginalis . Antara tandanya ialah lelehan kelabu atau kekuningan berbau hanyir yang lebih kuat selepas seks atau bila di basuh dengan sabun. Apapun ia boleh dirawat dengan antibiotik.

Selain itu bengkak pada alat sulit atau Bartholin cyst juga boleh dialami iaitu bila berlaku pembengkakan setempat pada bahagian bawah bibir kemaluan. Pesakit mungkin tidak perasan kerana saiznya agak kecil. Ia boleh dikawal melalui pembedahan kecil untuk mengeluarkan cecair terkumpul pada kelenjar itu..

Sementara itu, trichomoniasis pula berlaku disebabkan oleh sejenis organisma yang digelar trichomonas vaginalis. Dan kamu boleh dijangkiti jika melakukan seks tanpa perlindungan bersama pasangan yang telah dijangkiti. Masalah ini perlu dirawat menggunakan antibiotik khusus. Selain lelehan kuning atau kekuningan (bagi kes lebih serius), jangkitan ini turut menyebabkan bau hanyir dan rasa sakit serta gatal ketika buang air kecil. Biasanya ketara selepas haid.

Chlamydia dan gonnorhea juga boleh memburukksn masalah keputihan..

Apapun semua masalah diatas boleh diatasi dengan pil atau suntikan antibiotik..

Tiada ulasan:

Catat Komen